TULISAN BERGERAK

Selamat Datang Ke SK Binjai The School Of Excellence (BiTES)

BAJU KEBAYA




Baju Kebaya ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita IndonesiaSingapuraMalaysia dan Brunei. Ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarungbatik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.
Dipercayai kebaya berasal daripada negara Arab. Orang Arab membawa baju kebaya (yang Arabnya "abaya") ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu tersebar ke MelakaJawaBaliSumatera, dan Sulawesi.[1] Setelah berlakunya asimilasi budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.
Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.
Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka.[2]Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.
Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi desain dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih modern seperti untuk acara wisuda[3], kebaya untuk pesta, dan lain-lain. Kebaya yang dimodifikasi boleh dikenakan dengan seluar jeans.

No comments:

Copyright© All Rights Reserved skbinjaikemaman.blogspot.com