TULISAN BERGERAK

Selamat Datang Ke SK Binjai The School Of Excellence (BiTES)

TERENDAK




Terendak (Jawiتريندق) merupakan sejenis topi yang umumnya berbentuk kerucut dengan tepi lebar dan berasal dari Asia TimurSelatan dan Tenggara, khususnya BangladeshBhutanChinaKembojaIndiaIndonesiaJepunKoreaMalaysiaMyanmarFilipina, sesetengah kawasan Manchuria Rusia dan Vietnam.
Terendak diikat pada kepala dengan kain pengikat dagu yang lazimnya diperbuat daripada sutera.
Terendak digunakan terutamanya sebagai perlindungan daripada matahari dan hujan. Terendak yang diperbuat daripada jerami atau anyaman pula boleh dicelup ke dalam air lalu dipakai sebagai alat pendingin sejat yang spontan.[1]
Di Filipina, terendak kosong lazimnya dipakai oleh kaum petani, sedangkan golongan atasan membuat terendak berhias dengan pelbagai barang kemas, ataupun terendak yang diperbuat daripada karapas kura-kura dengan pancang di atas. Ia pernah dipakai oleh askar Tentera Jajahan Sepanyol keturunan pribumi, terutamanya kaum Tagalog, Kapampangan, dan Ilokano di hujung zaman penjajahan Sepanyol.
Begitu juga di India dan Borneo, terendak kosong dipakai oleh orang jelata dalam kerja harian, tetapi sewaktu perayaan, terendak yang berwarna-warni pula digunakan. Di Sabah, terendak berwarna-warni dipakai untuk sesetengah tarian. Di Assam, India pula terendak berhias tergantung di rumah sebagai barang hias ataupun dipakai oleh golongan atas sempena sambutan khas.
Di negara China, terendak sering dikaitkan dengan petani, sedangkan golongan pembesar memakai topi ketat seakan kopiah, terutamanya pada musim sejuk.

No comments:

Copyright© All Rights Reserved skbinjaikemaman.blogspot.com