Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang
sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak. Ia
merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering kali
digunakan bagi menumbuk antara lain, sambal belacan. Ia dianggap sebagai peralatan
dapur yang asas selain pisau, periuk dan sebagainya.
Ia digunakan di serata dunia sejak zaman gangsa (atau
mungkin sebelumnya) lagi. Walaupun bahan yang digunakan untuk membuat lesung
batu berbeza tetapi rekaannya hampir sama dan stabil sepanjang zaman walaupun
ia datang dalam pelbagai saiz, bentuk, berat dan komposisi. Kelainan-kelainan
ini penting, bergantung kepada kegunaan utamanya. Ia sangat popular digunakan
oleh masyarakat desa untuk membuat pelbagai juadah atau bahan masakan dan juga
ubat-ubatan.
Kebolehannya untuk menyerap, menguatkan dan mengeluarkan
kembali rasa bahan-bahan yang ditumbuk adalah satu daripada keunikannya.
Ia popular terutama sekali di Asia Tenggara dimana pada
kebiasaannya ia digunakan untuk menumis atau menumbuk rempah dan perasa masakan
seperti gulai. Di barat ia biasanya dikenali sebagai 'mortar and pestle' dan
mempunyai kegunaan yang hampir serupa walau bergantung kepada keadaan dan
budaya masyarakat setempat.
Penggunaannya mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa
eletrik. Ia juga boleh dijadikan senjata. Pada kebiasaannya, lesung sangat
sukar pecah, rapuh atau retak kecuali pada keadaan-keadaan ekstrem tertentu.
No comments:
Post a Comment