Songket merupakan sejenis kain yang
biasanya ditenun dengan mesin tradisional, dan mempunyai corak rumit
benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik
benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.
Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan -
keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan
motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi
seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysiadan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.
Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik
warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan
songket melambangkan kedudukan seseorang.
No comments:
Post a Comment