TULISAN BERGERAK

Selamat Datang Ke SK Binjai The School Of Excellence (BiTES)

TELEVISYEN




Televisyen atau televisi (TV) ialah sejenis media telekomunikasi terkenal yang digunakan untuk memancarkan dan menerima gambarbergerak, sama ada monokrom ("hitam putih") mahupun warna, lazimnya diiringi bunyi. "Televisyen" juga boleh memaksudkan peti televisyenrancangan televisyen atau pancaran televisyen. Perkataan "televisyen" terbentuk dari gabungan perkataan tele (τλε, "jauh") dari bahasa Greek dan visio ("penglihatan") dari bahasa Latin.
Peti televisyen yang dijual sejak akhir 1930-an sudah menjadi salah satu alat penerima komunikasi utama dalam rumah, perniagaan dan institusi, khususnya sebagai sumber hiburan dan berita. Sejak 1970-an, kemunculan pita videocakera laserDVD dan kini Blu-ray juga menjadikan peti televisyen sebagai alat untuk menayangkan bahan rakaman.
Walaupun terdapat kegunaan televisyen yang lain seperti televisyen litar tertutup, namun kegunaan yang paling utama ialah penyiaran televisyen yang berasaskan sistem penyiaran radio sedia ada yang dibangunkan pada 1920-an, menggunakan pemancar frekuensi radio berkuasa tinggi untuk menyiarkan isyarat televisyen ke penerima TV.
Penyiaran TV biasanya disebarkan melalui pancaran radio dalam saluran-saluran yang ditetapkan dalam jalur frekuensi 54-890 megahertz[1]. Isyarat TV juga kini dipancarkan dengan bunyi stereo atau bunyi keliling di kebanyakan negara. Siaran TV mula-mulanya dirakam dan dipancarkan dalam bentuk isyarat analog, tetapi kebelakangan ini penyiar awam mahupun swasta kian beralih ke teknologi televisyen digital.

No comments:

Copyright© All Rights Reserved skbinjaikemaman.blogspot.com